• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Kes discaj pesakit Covid-19 meningkat beri petanda positif – Noor Hisham

Kes discaj pesakit Covid-19 meningkat beri petanda positif – Noor Hisham

August 27, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Malaysia mencatatkan kes sembuh Covid-19 tertinggi dalam tempoh sebulan iaitu sebanyak 22,657 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga jumlah kes yang didiscaj dari hospital meningkat sebanyak 591 kes kepada 2,152 kes.

Katanya, ini merupakan petanda yang positif dalam peningkatan kes sembuh berbanding 1,562 kes yang didiscaj dari hospital pada 25 Julai lepas.

“Walaupun negara mencatatkan jumlah kes tertinggi (24,599) sepanjang pandemik pada Khamis, kebanyakan kes yang dilaporkan berada di kategori 1 dan 2 semasa didiagnos iaitu 23,939 kes bersamaan 97.3 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak 660 kes (2.7 peratus) pula adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 dan ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes yang rendah bagi kategori 3,4 dan 5 seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri.

Katanya, sehingga 25 Ogos, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi dalam negara di mana 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.

“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini (semalam) tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5.

“Semua penduduk Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh janji temu seperti yang telah dijadualkan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penerima dos lengkap vaksin agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 360
Tags: covid-19Tan Sri Dr Noor Hisham
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next