Malaysia terus mencatat penurunan kes baharu Covid-19 dengan 5,516 kes dilaporkan semalam.
Kes jangkitan baharu itu menyaksikan Malaysia mencatatkan kes di bawah angka 6,000 buat hari ketiga berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya semalam, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,407,382 kes.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-18 berturut-turut.
Analisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak berkenaan akan pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”