• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Kibar Bendera Merah, Selamatkan Haiwan Peliharaan Terjejas Pandemik Covid

Kibar Bendera Merah, Selamatkan Haiwan Peliharaan Terjejas Pandemik Covid

July 9, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Selepas kempen kibar bendera putih yang disusuli dengan kempen kibar bendera hitam, kini muncul kempen kibar bendera merah.

Kempen yang dilancarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) ini bertujuan membantu pemilik haiwan peliharaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, Kempen Kibar Bendera Merah ini dibuat kerana berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pembuangan tersebut menurutnya berlaku kerana pemilik tidak mampu untuk terus memelihara haiwan mereka kerana faktor ekonomi.

“Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu sudah lama dipelihara, malah menjadi sebahagian keluarga mereka.

“Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang ke jalanan mengalami kecederaan, trauma, penyakit berjangkit dan mati kerana tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Arie berharap agar kempen tersebut disambut baik oleh masyarakat agar masalah haiwan peliharaan dibuang ke jalanan mampu dikurangkan.

Tambahnya lagi, keprihatinan masyarakat sekeliling mampu membantu mengatasi masalah pembuangan kucing dan anjing di jalanan.

“Semua masyarakat di seluruh negara diharap menyertai kempen ini demi kelangsungan nasib dan hidup kucing dan anjing daripada menjadi mangsa pembuangan haiwan.

“Kebersamaan kita semua menyelamatkan banyak nyawa daripada terseksa dan mengeratkan lagi hubungan serta sifat kasih sayang dalam kalangan masyarakat,” katanya

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita eksklusif dan terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 575
Tags: bendera merahcovid-19haiwan peliharaanpandemik
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next