• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Kini Program Vaksinasi Malaysia Antara Terpantas Di Dunia
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jaamaluddin ketika menerima suntikan vaksin Covid-19

Kini Program Vaksinasi Malaysia Antara Terpantas Di Dunia

July 16, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, dengan perbandingan yang dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar.

Ia menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari, sekali ganda berbanding Australia dan hanya diatasi oleh Kanada pada minggu lepas, lapor Bernama.

Berdasarkan analisis yang diterbitkan dalam The Sydney Morning Herald, portal dalam talian itu mengatakan meskipun berdepan peningkatan kematian dan harapan yang agak suram di negara yang mempunyai 32 juta penduduk ini, sinar harapan masih ada buat Malaysia apabila kadar vaksinasinya meningkat.

Menurut portal itu, selepas enam minggu pelaksanaan kawalan pergerakan di seluruh negara, Malaysia berdepan keadaan hospital yang sesak dan petugas kesihatan keletihan, ekonomi tergugat dan kadar jangkitan terus meningkat.

Memetik Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covod-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam wawancara eksklusif dengan The Sydney Morning Herald dan The Age, kerajaan berjaya mempercepat inokulasi setelah merundingkan semula dua bulan lepas, 70 peratus bekalan dan penghantaran vaksin yang dibelinya daripadanya Pfizer.

Beliau berkata, sejumlah besar portfolio vaksin Malaysia ialah Pfizer, namun kemudian diperluaskan kerana berpendapat lebih baik tidak tertumpu pada satu atau dua jenis sahaja.

“Saya rasa kami kini di peringkat di mana kami benar-benar perlu divaksinasi untuk keluar dari situasi sekarang,” kata Khairy yang diterbitkan dalam The Sydney Morning Herald hari ini.

Selain Pfizer, Malaysia juga memperoleh vaksin Sinovac, AstraZeneca dan vaksin satu dos CanSino serta yang lain melalui kemudahan vaksin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, COVAX.

Setelah bermula agak perlahan, satu perempat penduduk kini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sasaran Malaysia untuk mencapai 40 peratus orang dewasa diberi vaksin sepenuhnya pada akhir Ogos dan 60 peratus pada akhir September akan dapat dicapai jika pembekal memenuhi komitmen mereka.

Khairy memberitahu portal dalam talian itu bahawa di bawah perjanjian rundingan semula Malaysia dengan Pfizer, syarikat farmasi Amerika Syarikat itu akan menghantar 25 juta dos antara bulan ini dan September.

Beliau berkata, skala wabak telah membantu mengimbangi satu lagi halangan, keraguan vaksin, kerana jumlah kematian akibat pandemik di negara ini meningkat kepada 6,503 pada Rabu manakala jangkitan baru mencapai 11,618 kes sehari.

“Dan saya rasa sekiranya anda melihat negara-negara yang berjaya melaksanakannya dengan baik sekarang, anda boleh mengatakan bahawa mereka telah melalui situasi yang jauh lebih buruk sebelumnya dan mereka telah diselamatkan oleh penerimaan awal vaksin.

“Tentu saja, kami boleh melakukan perkara-perkara tertentu dengan lebih baik dan juga setelah beberapa ketika, sangat sukar untuk membuat masyarakat mematuhi (sekatan) kerana mereka keletihan… dan saya tidak menyalahkan rakyat kerana untuk mematuhi segala sekatan dan larangan terhadap pergerakan sememangnya suatu yang sukar. Akhirnya, akan tiba masa mereka leka,” katanya.

Khairy mengakui bahawa tindakan menteri yang melanggar peraturan telah menjejaskan keberkesanan sekatan pergerakan dengan mengatakan “kepemimpinan melalui teladan sangat penting”.

“Saya rasa dalam hal ini, kami telah membuat beberapa kesilapan,” katanya. 

 

 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita eksklusif dan terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 407
Tags: khairy jamaluddinpfizervaksinasi
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next