Eksklusif bersama GoodNews
Bermula pada Disember 2014, ketika bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan, 1 Malaysia Development Berhad(1MDB), kisah ini menjadi tajuk-tajuk utama di kebanyakan akhbar tempatan dan luar negara.
Rentetan daripada kisah skandal bernilai berbilion ringgit tersebut, di tengah-tengahnya muncul sebuah kapal layar mewah – Equanimity.
Media melaporkan, pembelian kapal layar mewah yang menggunakan dana 1MDB itu, didalangai oleh Jho Low, dan kemudiannya ditahan dan dijual semula oleh kerajaan Malaysia.
Sitpah Selvaratnam, peguam yang bertanggungjawab terhadap penahanan dan penjualan Equanimity, juga merupakan bekerja dengan Tommy Thomas sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Proses penahanan Equanimity yang mengambil masa sehingga sembilan bulan, membuktikan peguam wanita ini mempunyai tahap kecekalan yang tinggi, selain tahap integritinya yang sukar untuk dipersoal.
Ketika di awal sesi wawancara, penulis tertanya-tanya bagaimana wanita seperti Sitpah ini memulakan kerjayanya sebagai peguam dalam pengkhususan maritim.
Sitpah memberitahu sejarahnya bermula pada 35 hingga 40 tahun lalu, ketika beliau mengambil jurusan undang-undang tanpa dirancang, kerana beliau tidak tahu apa yang hendak dilakukan pada masa tersebut.
Walau bagaimanapun, ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut, beliau mula meminati jurusan tersebut sehingga memudahkannya untuk menguasai bidang undang-undang.
Berkenaan dengan undang-undang maritim, Sitpah memberitahu beliau mula meminati undang-undang maritim ketika belajar di Universiti Cardiff dan menuntut ilmu maritim tersebut daripada Profesor Cadwallader yang juga watak utama memperkenalkan kepada Konvensyen PErtubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Undang-undang Laut (UNCLOS).
“Bergitulah permulaan kisah cinta saya dengan undang-undang laut dan maritim,” kata Sitpah kepada penulis.
Namun, meskipun keputusan tersebut dibuat tanpa dirancang, ianya merupakan keputusan terbaik dalam hidupnya.
Equanimity, kapal layar beratus juta ringgit
Perbualan Sitpah kemudiannya tertumpu kepada isi kandungan yang terdapat dalam sebuah buku yang ditulis olehnya.
“Buku ini tentang penahanan kapal layar mewah, Equanimity dan bagaimana Malaysia menuntut kembali apa yang sepatutnya menjadi milik negara ini,” ujarnya.
Penahanan dan penjualan kapal bernilai USD126 juta itu merupakan satu sejarah, bukan sahaja buat negara, tetapi untuk seluruh dunia.

Buku yang akan dipasarkan bermula pada 15 April 2020.
“Ini adalah pengalaman selama 9 bulan yang menjadi salah satu pencapaian terbaik saya. Kes ini memperlihatkan saya dalam pelbagai cara, sama ada dari segi undang-undang juga perkembangan peribadi saya,” katanya kepada penulis.
Keluarga Sitpah, yang turut mengikuti perkembangan kes tersebut, mendorongnya agar berkongsi kisah penangkapan Equanimity dan, Sitpah seterusnya mengambil keputusan untuk menerbitkan buku tersebut.
Sitpah turutberkongsi pengalaman, proses penahanan kapal tersebut terpaksa mengambil masa yang panjang kerana beliau membuat kerja tersebut secara sukarela tanpa mengenakan sebarang caj guaman.

Pencapaian terbesar Sitpah mengendalikan kes berprofail tinggi melibatkan skandal besar
“Saya gembira kerana dapat mengembalikan integriti dan mengembalikan aset kita sendiri. Saya tidak perlu dibayar untuk itu.
“Ketika pertama kali saya mendengar kemungkinan menangkapnya, saya teruja! Ini adalah peluang sekali seumur hidup dansaya mendapat peluang tersebut.
“Adrenalin saya memuncak! Saya mesti memberitahu anda bahawa, ini sangat mencabar dan melibatkan beberapa bulan tidur yang sangat sedikit tetapi saya suka. Jadi keseluruhan prosesnya sama sekali tidak kelihatan seperti ‘kerja’, “kata Sitpah, memberi gambaran berkenaan tugasnya menagkap kapal kontorversi itu.
Sitpah turut menceritakan ketika beliau dan pasukannya menyelesaikan penahanan tersebut. Sejurusturun dari kapal berkenaan, Sitpah lihat kumpulan pengamal media sedang menunggu.
Walaupun tugas menahan dan menjual Equanimity berjaya dilakukan dalam masa sembilan bulan namun, tempoh tersebut penuh dengan pelbagai rintangan.
Tekanan yang dihadapi oleh Sitpah dan pasukannya meliputi semua aspek.
Dugaan, aspirasi dan inspirasi
Sitpah memberitahu, perjalanan kerjanya sebagai seorang peguam bukanlah mudah seperti yang disangka.
Peguam dalam bidang maritim terutamanya lebih didominasi oleh peguam lelaki. Beliau menempah namanya, dengan caranya yang tersendiri.
Sitpah turut menceritakan suatu keadaan ketika beliau menghadiri sebuah persidangan.
Ketika dalam majlis persidangan tersebut, mereka dibahagikan kumpulan dan Sitpah berada dalam sekumpulan yang kesemuanya lelaki.
Sitpah juga memberikan contoh dugaan yang ditempuh dalam kerjayanya yang melibatkan persaingan dengan peguam lelaki.
Kadang-kala, beliau merenung ke dalam diri sendiri melihat keadaannya yang berselubung dengan kekecewaaan.
Namun, beliau akhirnya berjaya membuktikan sesuatu kepada hakim di mahkamah, dan keputusan tersebut akhirnya berpihak kepadanya.
“Jadi, semangat saya sendiri adalah pendorong selama ini. Jika anda mahukannya jadi lebih buruk, anda akan berusaha keras ke arah tersebut,” tegasnya.

Sitpah bersama pasukannya menyelesaikan tanggungjawabnya selama 9 bulan
Bercakap mengenai peguam yang memberikan inspirasi kepadanya, beliau menjadikanAmbiga Areenevasan dan Jeyanthini Kannaperan sebagai sumber inspirasinya dalam kerjaya perundangan, selain terdapat lagi nama lain yag diberikan contoh olehnya.
Sungguhpun begitu, beliau turut menamakan Tommy Thomas dan Anantham Kasinather, yang merupakan gurunya.
“Sudah tentu, keluarga juga memainkan peranan yang besar dalam menyokong kerjaya saya,” tambahnya.
Cerita di sebalik kejayaan Sitpah ini sepatutnya boleh dikongsi dan dinikmati oleh khalayak ramai di luar sana sebagai inspirasi.
Terutama, bagi pejalar jurusan undang-undang sama ada yang masih dalam tempoh pengajian atau yang sudah memulakan langkah awal sebagai persediaan untuk menjadi peguam.
Kata-kata Sitpah yang menjadi ingatan kepada penulis, termasuk pembaca barangkali adalah:
“Sekiranya kita mempunyai semangat, cuba sehabis baik, kerana tiada batas yang boleh menghalang kita selain batasan dan halangan yang kita sendiri ciptakan. Dan, sering kali suara dalaman inilah yang menjadi penghasut supaya kita gagal. Jangan sesekali biarkan suara tersebut menguasai kita,” tegasnya.
“Masa sentiasa bergerak pantas meninggalkan cita-cita kita, sementara masa pula perlu diisi dengan kerja-kerja dan tanggungjawab kita. Apapun, pilihan sentiasa ada di tangan kita,” tambahnya lagi.
Hasil tangan wanita bernama Sitpah Selvartnam yang sangat ditunggu-tunggu ini, The Arrest of the Superyacht: Equanimity, bakal menemui anda semua pada 15 April 2021. Pastikan anda memiliki catatan tentang sejarah maritim ini, yang pernah menggegarkan dunia sejak 2014.