• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
KJ dilantik sebulat suara wakili Pasifik Barat

KJ dilantik sebulat suara wakili Pasifik Barat

May 31, 2022 Posted by sdteam BM, Community, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-151 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersetuju melantik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai Naib Pengerusinya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dimuat naik dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada YB Menteri Kesihatan atas pelantikan itu dan Malaysia kini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO dari tahun 2021 sehingga 2024,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut bagi mewakili Rantau Pasifik Barat selain empat wakil dari China, Micronesia, Jepun, dan Korea Selatan.

Lembaga itu terdiri 34 ahli bermesyuarat setiap Januari untuk agenda Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan mempertimbangkan segala resolusi di ibu pejabat WHO di Geneva, Switzerland.

Dr Noor Hisham berkata, pelantikan tersebut tidak pernah terjadi lagi sebelum ini dan satu penghormatan besar buat Malaysia dan bukti negara ini sentiasa terdepan dalam bidang kesihatan awam global.

“Selain kepimpinan kita yang kuat, Malaysia akan menyumbang ke arah kejayaan usaha WHO menerajui komuniti antarabangsa meliputi pelbagai cabaran sejagat,” katanya.

Post Views: 87
Tags: khairy
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next