• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Kontak rapat tidak perlu kuarantin

Kontak rapat tidak perlu kuarantin

February 25, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News, Medical
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan tiada lagi keperluan untuk menjalani kuarantin di rumah bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas yang menjadi kontak rapat, tetapi telah menerima dos penggalak serta tidak bergejala.

Perkembangan terbaharu itu akan mula berkuatkuasa pada 1 Mac akan datang.

Walau bagaimanapun individu berkenaan perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kontak rapat tidak perlu menjalani perintah pemerhatian dan pengawasan di rumah (HSO) sekiranya tidak bergejala pada hari pertama.

“Sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif, individu ini boleh lakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula perlulah melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.

“Bagi individu yang lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari.

“Kalau negatif pada hari pertama dan ketiga, mereka boleh teruskan urusan seperti biasa,” katanya pada sidang media hari ini.

Protokol baharu juga menetapkan individu sudah lengkap vaksinasi dan baharu dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari walaupun menjadi kontak rapat tidak perlu menjalani pengasingan.

Namun, mereka yang bergejala masih perlu menjalani kuarantin.

Sementara itu, Khairy berkata perubahan protokol itu dibuat selepas penelitian terhadap data varian Covid-19 yang lain menunjukkan beban virus (viral load) akan menurun terhadap mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi.

Menurutnya KKM mengandaikan beban virus akan turun bagi individu yang sudah mendapatkan dos penggalak ketika negara sedang berdepan gelombang Omicron ketika ini.

Beliau berkata, segala tindakan itu juga adalah antara langkah ke arah fasa endemik.

Post Views: 201
Tags: khairy jamaluddinKontak RapatKuarantin
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 701 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next