• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Lagi dua peratus boleh rentas negeri – Khairy

Lagi dua peratus boleh rentas negeri – Khairy

October 5, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Hanya tinggal dua peratus lagi sehingga kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di laman Twitter miliknya berkata, setakat hari ini 88 peratus populasi dewasa di negera ini telah lengkap vaksinasi.

“Hanya dua peratus lagi sehingga sempadan antara negeri dibuka dan warganegara Malaysia tidak perlu lagi memohon untuk MyTravelPass untuk ke luar negara,” katanya dalam ciapan itu.

Dalam ciapan itu juga, Khairy membuat tanda pagar #ReopeningSafely yang membawa maksud perjalanan rentas sempadan negeri dan negara bakal dibuka kembali tidak lama lagi.

graf-vaksin-1-742x1024.jpg

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), jika 90 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa dicapai, rentas negeri akan dibenarkan.

Setakat 4 Oktober, 20.6 juta individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data di portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 94.4 peratus atau 22.09 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.71 juta individu atau 63.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Sejumlah 23.96 juta daripada populasi keseluruhan, atau 73.3 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 114,124 atau 3.6 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 115,863 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.57 juta dos.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 315
Tags: khairy jamaluddinrentas negeri
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 716 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next