• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Lebih 15 juta dewasa terima dos penggalak Covid-19

Lebih 15 juta dewasa terima dos penggalak Covid-19

March 29, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Berdasarkan laman web CovidNOW semalam, negara mencatatkan 15,668,773 individu dewasa atau bersamaan dengan 66.6 peratus daripada populasi kumpulan itu telah menerima dos penggalak Covid-19.

Sementara itu,  sejumlah 22,950,073 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,226,244 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,849,642 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,946,672 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,315,497 individu atau 37.1 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Semalam, sebanyak 41,287 dos vaksin diberikan melibatkan 4,360 suntikan pertama, 1,684 suntikan lengkap dan 35,243 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 68,745,333 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 54 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 13 kes diikuti Perak (sembilan), Kuala Lumpur (lapan), Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing lima kes.

Johor, Sarawak dan Terengganu pula masing-masing mencatat tiga kes, Kelantan dan Melaka masing-masing dua kes manakala Pulau Pinang satu kes.

Post Views: 99
Tags: covid-19dos penggalak
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 702 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next