• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Lebih banyak kemudahan di negeri lebih 50% vaksinasi bermula hari ini
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jaamaluddin ketika menerima suntikan vaksin Covid-19

Lebih banyak kemudahan di negeri lebih 50% vaksinasi bermula hari ini

August 16, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Negeri-negeri yang sudah mencapai tahap sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa boleh menikmati tiga kemudahan tambahan bermula hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, kemudahan tersebut terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan individu di negeri terbabit yang ingin menggunakan kemudahan tersebut mestilah sudah melengkapi dua dos vaksin.

“Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa 18 tahun ke atas di Lembah Klang sudah mencapai 64.7 peratus. Individu yang lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila ia mula berkuat kuasa.

“Perincian garis panduan bagi kemudahan-kemudahan yang saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu terdekat,” katanya hari ini.

Kemudahan itu melibatkan kebenaran beroperasi semula bagi 11 aktiviti ekonomi dalam Sektor Perdagangan dan Pengedaran Fasa 1 dan Fasa 2 PPN, termasuk sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan kuari serta kebenaran mengunjungi taman rekreasi awam bagi tujuan riadah.

Untuk rekod, lima negeri dan wilayah yang sudah mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa melebihi 50 peratus iaitu Labuan pada kadar 88.1 peratus; Sarawak (79.0 peratus); Lembah Klang (64.7 peratus), Negeri Sembilan (61.3 peratus) dan Perlis (52.7 peratus).

Setakat tengah malam tadi, Melaka sudah mencapai 39.1 peratus kadar vaksinasi dalam kalangan populasi dewasa; Pulau Pinang (36.0 peratus); Perak (34.6 peratus); Terengganu (34.4 peratus); Pahang (31.2 peratus); Kedah (30.0 peratus); Kelantan (27.6 peratus); Johor (26.5 peratus) dan Sabah (21.7 peratus).

Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan masih lagi dalam Fasa 1 PPN; manakala Labuan, Perlis dan Sarawak kini sudah berada dalam Fasa 3.

Negeri lain yang masih berada dalam Fasa 1 ialah Kedah, Melaka dan Johor, manakala Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah kini dalam Fasa 2 PPN.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 321
Tags: pelan pemulihan negaravaksinasi
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next