• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Lelaki Jual Kasut Converse 104 tahun dengan harga RM40,800

Lelaki Jual Kasut Converse 104 tahun dengan harga RM40,800

June 28, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Seorang lelaki yang terpaksa melelong kasut Converse miliknya yang berusia 104 tahun demi kelangsungan hidup, tidak menyangka ditawarkan harga setinggi RM40,800 daripada pembida dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, yang juga pengumpul kasut vintaj dari Kota Bharu, Kelantan baru saja memuat naik lelongan kasut diminati ramai itu sebelum disambar oleh pembida bertuah berkenaan.

Katanya, pembida berasal dari Pahang itu menawarkan harga paling lumayan dan mereka sudah pun memuktamadkan urusan jualan kasut berharga terbabit.

“Saya turut bersetuju memberikan tiga pasang Converse yang dikeluarkan pada 1950, 1960 dan 1970 sebagai hadiah.

“Difahamkan, dia juga adalah seorang pengumpul barangan antik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambu, di sini.

Hantaran yang dimuat naiknya semalam, menjadi tular di Facebook apabila menerima 7,000 perkongsian dan hampir 9,000 tanda suka.

Terdahulu, dalam akaun Instagram miliknya, Irfayuim memaklumkan bahawa terpaksa menjual kasut tersebut demi kelangsungan hidup dalam berhadapan keadaan yang sangat genting ketika ini, meskipun dengan berat hati.

“Demi melangsungkan kehidupan, dengan ini saya dengan berat hati terpaksa melepaskan koleksi kasut Converse yang pertama di dunia yang dihasilkan pada tahun 1917 dengan nama Converse Non Skid.

“Semuanya masih lengkap kecuali tali kasut yang sudah reput dan juga tapak satu kasut pecah sedikit.

“Item ini adalah item koleksi, bukan item untuk dipakai(kecuali ada pemilik kasut ini nak pakai, silakan),” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Wan Irfayuim berkata, kasut yang dijual sebagai koleksi itu didatangkan lengkap dengan sepasang seluar pendek dan pelindung lutut pemain bola keranjang yang dikeluarkan pada 1916.

Menyingkap sejarah kasut Converse tertua di dunia itu, dia membeli kasut terbabit pada 2018 daripada sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Mereka menghubungi saya selepas melihat hantaran di Facebook mengenai sejarah kasut vintaj. Pasangan itu terdesak dan memerlukan wang untuk menampung kos rawatan anak mereka,” katanya.

Dia berharap, pemilik baru kasut terbabit akan menghargai nilai tinggi kasut Converse Non Skid yang dimilikinya itu.

Post Views: 635
Tags: conversevintaj
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next