Ketika beliau dilahirkan, sekumpulan doktor meragui bahawa warga Brazil, Claudio Vieira de Oliveira mampu bertahan lebih daripada tempoh 24 jam.
Namun, bayi tersebut mampu bertahan malah, beliau bukan sahaja berjaya menjalani kehidupannya seperti manusia biasa tatapi turut memberikan inspirasi kepada orang lain.
Lelaki gagah yang dilahirkan dengan kedudukan kepalanya yang terbalik itu menyatakan hasratnya agar pandemik Covid 19 ini cepat berakhir supaya dapat kembali memulakan tugasnya sebagai pakar motivasi.
Beliau yang juga dikenali sebagai Claudinho, menghidap Arthrogryposis Multiplex Congenita yang menyebabkan kepalanya berada di bahagian belakang badan.
Kedua-dua tangannya juga melekat pada bahagian dada.
Claudinho tidak pernah membiarkan keadaan fizikalnya menjadi penghalang kepada cita-cita dan kerjayanya.
Sejak berusia tujuh tahun, dia mula berjalan menggunakan lutut, sementara ibunya mengajarnya membaca dan menulis.

Claudinho menghidap Arthrogryposis Multiplex Congenita sejak dilahirkan.
Sehingga kini, Claudinho telah melancarkan DVD, autobiografi dan telah menyampaikan ceramah-ceramah motivasi sejak tahun 2000.
Walau bagaimanapun, sejak tahun lepas, beliau terperangkap di rumahnya di sebuah bandar kecil di Monte Santo, di bahagian timur laut Brazil, Bahia.