Seorang lelaki di Singapura yang menjalani kuarantin di sebuah hotel memasang set komputer (PC) gaming bagi mengisi masa kuarantin selama 14 hari yang perlu dilaluinya.
Syarikat pembekal komputer, Aftershock PC, berkongsi beberapa gambar hasil pemasangan set komputer lelaki berkenaan menerusi laman Facebook dan Instagram mereka.
“Atas permintaan, kami membantu menyatukan kembali Vicky dengan Ultracore yang disejukkan dengan air biasa dan periferal permainannya.
Terima kasih Vicky kerana menjalankan tugas anda untuk menjaga keselamatan Singapura,” katanya.
Pengarah Pemasaran Aftershock PC, Joe Wee berkata, set komputer gaming yang dimiliki Vicky itu bernilai hampir $10,000, bersamaan dengan RM31,217.74.
Penghantaran yang sepatutnya dibuat beberapa bulan lalu terpaksa ditunda kerana Vicky baru sahaja kembali ke Singapura pada bulan ini setelah berada di luar negara untuk tujuan perniagaan sejak Januari.
Vicky juga mengucapkan terima kasih kepada Aftershock PC pada ruangan komen di status Instagram milik syarikat pembekal komputer berkenaan.
“Terima kasih banyak Aftershock dan terutamanya kepada Mark yang membuat penghantaran PC Gaming itu ke bilik saya,” tulisnya.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”