• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Liverpool muncul juara liga

Liverpool muncul juara liga

February 28, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Liverpool menjulang Piala Liga dalam perlawanan akhir penuh dramatik apabila kesemua 11 pemain mereka, termasuk penjaga gawang Caoimhin Kelleher, menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti menyaksikan The Reds meraih kemenangan 11-10 ke atas Chelsea selepas seri 0-0 di Wembley awal pagi tadi.

Memetik laporan Liverpoolfc.com, kemenangan trofi utama kelima dalam kendalian Jurgen Klopp itu hanya berjaya dicapai selepas sepakan penalti terakhir oleh penjaga gol gantian Chelsea Kepa Arrizabalaga melepasi palang.

Perlawanan akhir itu berlangsung dalam keadaan tegang dan sengit, dengan kedua-dua pasukan dibatalkan jaringan menerusi teknologi video bantuan pengadil (VAR) iaitu jaringan Joel Matip untuk Liverpool dan Kai Havertz (dua) dan Romelu Lukaku untuk Chelsea.

Kelleher dan Edouard Mendy juga melakukan banyak penyelamatan yang luar biasa untuk memastikan ia kekal tanpa jaringan selepas 120 minit beraksi, dengan Liverpool kemudian menang dalam penentuan sepakan penalti 11-10.

Hanya satu cubaan penalti yang gagal disempurnakan dalam aksi penentuan itu, menyaksikan penjaga gol Liverpool, Kelleher menyempurnakan jaringan sebelum Kepa gagal melakukannya.

Kepa dimasukkan selepas tamat tambahan masa bagi menggantikan Edouard Mendy berikutan reputasinya sebagai pakar penentuan penalti namun penjaga gol Sepanyol itu gagal menyelamatkan sebarang cubaan Liverpool.

The Reds kini meraih sembilan gelaran juara Piala Liga dan ia adalah kejuaraan pertama bagi Klopp selepas mengendalikan pasukan berkenaan.

Kredit Foto: Twitter

Post Views: 120
Tags: ChelseaLiverpool
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 722 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next