• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Malaysia akan terus perjuang kesaksamaan akses vaksin

Malaysia akan terus perjuang kesaksamaan akses vaksin

October 27, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Malaysia akan terus memperjuangkan akses vaksin yang adil, mampu milik dan saksama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, meskipun secara purata di peringkat global kes dan kematian Covid-19 semakin menurun, semua orang tidak seharusnya berasa selesa.

“Ketika banyak sekatan dilonggarkan, usaha perlu diteruskan untuk mengekang pandemik itu. Vaksinasi terbukti menjadi kaedah paling berkesan bagi membasminya,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat (AS) Ke-9 yang diadakan secara maya semalam.

Presiden AS Joe Biden turut serta dalam mesyuarat yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-38 dan Ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan.

Perdana Menteri turut memuji pentadbiran Biden kerana memberi perhatian serius terhadap wabak Covid-19, baik di peringkat domestik mahupun di persada antarabangsa dan pembabitan aktif negara itu dengan pertubuhan antarabangsa.

“Berhubung perkara ini, Malaysia memuji langkah AS pada Sidang Kemuncak Global Covid-19 baru-baru ini yang berikrar memberikan bantuan tambahan sebanyak 500 juta dos vaksin Pfizer kepada negara berpendapatan rendah menjelang 2022.

“Saya harap ia akan banyak membantu negara anggota Asean mempercepatkan kempen vaksinasi kebangsaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai keperluan menyambung jurang digital bagi memastikan kesaksamaan semua dalam mengejar pemulihan dan kemakmuran sosioekonomi, terutama ketika aspek digital sudah begitu pantas menjadi suatu norma.

Ismail Sabri berkata, penerimaan Kenyataan Pemimpin Asean-AS mengenai Pembangunan Digital dan Strategi Bersepadu mengenai Revolusi Industri Keempat semalam adalah tepat pada masanya.

Berdasarkan dokumen itu katanya, Asean dan AS perlu membangunkan segera inisiatif bagi mendukung dan mengukuhkan prasarana serta transformasi digital Asean.

“Malaysia sudah bersedia untuk mendukung usaha ini menerusi program MyDIGITAL dan Pelan Ekonomi Digital Malaysia (2021-2030).

Ismail Sabri berkata, Cybersecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengatur Pembangunan Profesional Keselamatan Digital dan 

Pembelajaran Berterusan Asean bertujuan mengukuhkan kemampuan keselamatan siber bagi membantu menangani ancaman siber di rantau ini sambil menambah, Malaysia berharap AS turut menyokong usaha itu. –Bernama

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 293
Tags: ismail sabriKesaksamaan vaksin
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next