• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Malaysia harap konflik Ukraine-Rusia dapat diredakan – Hishammuddin

Malaysia harap konflik Ukraine-Rusia dapat diredakan – Hishammuddin

March 30, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Malaysia mengulangi kebimbangan terhadap konflik Ukraine-Rusia dan menggesa sekeras-kerasnya semua pihak yang terlibat supaya segera meredakan permusuhan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Putrajaya 2022, beliau berkata Malaysia juga akan terus menyokong segala usaha demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, lapor Bernama.

“Kami juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menjalankan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Ia boleh dilakukan,” katanya.

Forum Putrajaya 2022 diadakan sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Hishammuddin berkata kedudukan Malaysia berhubung perkara itu adalah jelas dan konsisten.

“Disebabkan kerumitan dan sensitiviti isu itu, melalui konvensyen dan undang-undang antarabangsa yang ditetapkan, semua pihak mesti bekerjasama untuk meningkatkan usaha membina, mengekalkan dan meningkatkan

kepercayaan serta keyakinan bersama supaya kita dapat mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata walaupun situasi di Ukraine-Rusia bukanlah perbandingan yang adil dengan cabaran di Laut China Selatan, terdapat hubungan dalam cara ASEAN mendekati isu persaingan antara kuasa besar di rantau yang dipertikaikan.

Mengambil ASEAN sebagai contoh, Hishammuddin berkata ia kekal sebagai platform penting untuk menyelesaikan semua pertikaian melalui dialog dan rundingan yang bermakna di samping ASEAN terus berusaha untuk mencapai keseimbangan, untuk menyatukan kedua-dua Timur dan Barat dalam mengemudi dinamik dan hubungan yang kompleks di rantau ini.

Beliau berkata Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM Plus merupakan platform penting bagi menteri pertahanan di rantau ini untuk melibatkan diri dan membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Sementara itu, Hishammuddin berkata semua pihak perlu mengimbangi perhatian terhadap ancaman tradisional dan bukan tradisional secara halus, bergerak ke hadapan, berbanding 20 tahun lepas yang tumpuan diberikan kepada ancaman bukan tradisional, iaitu memerangi keganasan dan ekstremisme.

“Mengabaikan satu daripadanya mungkin mengundang tragedi, terutamanya ancaman bukan tradisional yang cenderung mengejutkan kita. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk terus bekerjasama, meneroka segala kemungkinan penyelesaian praktikal, dan bertindak balas dengan pantas kepada sebarang isu yang mungkin timbul,” tambahnya.

Forum Putrajaya merupakan platform tidak formal untuk pegawai kerajaan, penggubal dasar, pakar keselamatan, pengamal pertahanan dan keselamatan, badan pemikir serta ahli akademik untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang isu pertahanan dan keselamatan serantau semasa.

Post Views: 92
Tags: HishammuddinPerangRussiaUkraine
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next