Pasukan hoki negara meraih kemenangan besar mengatasi Jepun 5-0 pada aksi terakhir saingan Super 4 Piala Asia 2022 yang berlangsung di Jakarta, hari ini.
Pasukan bimbingan Arul Selvaraj berjaya membuka tirai jaringan menerusi Shello Silverius pada minit ke-15, hasil jaringan padang.
Momentum jaringan Malaysia diteruskan selang 15 minit kemudian oleh Aiman Rozemi sebelum Muhammad Razie Abd Rahim meledak jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35.
Malaysia meneruskan rentak cemerlang apabila Muhammad Najib Abu Hassan meledak jaringan keempat pasukan sebelum Mohamad Ashran Hamsani menutup tirai jaringan kemenangan negara pada minit ke-42.
Sebelum ini, Malaysia diikat India dan Korea Selatan dengan keputusan masing-masing 3-3 dan 2-2.
Namun kini hanya menunggu keputusan perlawanan antara dua pasukan berkenaan untuk ke pentas final.