• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Manfaat vaksinkan anak lebih besar daripada risiko kesan sampingan – KKM

Manfaat vaksinkan anak lebih besar daripada risiko kesan sampingan – KKM

March 29, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dengan kadar segera sebelum negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi memastikan kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi Covid-19, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata terdapat dalam kalangan ibu bapa menganggap semasa fasa peralihan ini, kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan tidak perlu lagi diberi vaksinasi, namun pada hakikatnya, terdapat peningkatan 160 peratus bilangan kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital pada tahun ini.

“Ibu bapa diminta mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan pautan janji temu atau membawa anak lima hingga bawah 12 tahun secara ‘walk-in’ ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah diberitahu sebelum ini.

“Pilihlah untuk vaksinkan anak kerana manfaatnya lebih besar daripada risiko mendapat kesan sampingan vaksin,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata ibu bapa yang membawa anak mereka ke PPV Covid-19 pada hari bekerja akan diberikan surat pengesahan kehadiran (time-slip) yang membuktikan mereka membawa anak untuk divaksin justeru, beliau berharap majikan sektor kerajaan dan swasta memberi kerjasama dalam hal itu.

Semalam, sebanyak 1,315,497 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.1 peratus populasi itu di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi PICKids.

Post Views: 104
Tags: PICKidsvaksinasi
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 702 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next