Pandemik yang ganas menggoyah sistem kesihatan, ekonomi dan sosial terhadap semua lapisan masyarakat kita pada hari ini tidak dapat disangkal lagi. Kesannya, jutaan orang kehilangan sumber pendapatan, termasuklah dariapda pelbagai golongan.
Dalam masa sama, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung wabak ini, turut memberikan kesan yang dalam kepada sesetengah golongan untuk mendapatkan bekalan makanan.
Melihat kepada keadaan ini, GiveBACk dan BAC Education Group tidak hanya mendiamkan diri seterusnya dengan langkah yang proaktif, inisiatif FreeMakan telah ditubuhkan serta-merta, bertujuan menyalurkan bekalan makanan kepada 2,000 keluarga dari golongan B40 di sekitar Lembah Klang. Pengumpulan dana berjaya dibuat untuk memberi bekalan makanan asas untuk kegunaan selama dua minggu.
Namun, ketika pasukan ini membuat kerja-kerja penghantaran bekalan makanan, timbul suatu kesedaran bahawa bantuan perlu dibuat pada skala yang lebih besar.

Bantuan dihantar ke perkampungan Orang Asli di Negeri Sembilan Sembilan.

Membantu keluarga di Sandakan, Sabah.
Pasukan telah memutuskan untuk meningkatkan sasaran bagi membantu 10,000 keluarga dari golongan B40 di seluruh negara. Setelah sasaran tersebut berjaya dicapai, pasukan memulakan langkah baharu untuk mengumpulkan sebanyak RM1,000,000 bagi tujuan membantu 20,000 keluarga.
Bagi tujuan tersebut, FreeMakan telah menggerakkan sumber yang ada, menjalin kerjasama dengan NGO yang turut mempunyai aspirasi sama bagi memastikan tiada keluarga miskin yang tercicir daripada mendapat bekalan makanan.

OKU menerima bantuan bekalan makanan mereka

Penerima bantuan bersama barangan dapur mereka
Berikut adalah beberapa mesej yang menghiburkan dari penerima:
Berikut merupakan beberapa potongan mesej yang dikirim kepada pihak FreeMakan daripada penerima bantuan, yang turut menjadi pemangkin agar pasukan ini meneruskan kerja-kerja sebegini.
“Terima kasih banyak untuk bahan makanan! Semoga Tuhan memberkati anda semua ”
“Terima kasih banyak atas semua sokongan anda selama wabak ini. Pasukan anda menjalankan tugas dengan baik. Tuhan merahmati kamu.”
“Kami baru sahaja menerima barang runcit kami! Saya sudah periksa dan nampaknya keluarga jiran juga telah menerima bahan makanan mereka. Kami semua ingin mengucapkan terima kasih kepada FreeMakan atas bantuan yang diberikan! ”
“Selamat Pagi! Terima kasih banyak kerana mengirimkan makanan kepada saya, Tuhan memberkati anda !! ”
“Terima kasih terima kasih terima kasih atas bantuan makanan yang kami terima! Kami sangat bersyukur! ”

Warga Rohingya bergambar bersama bekalan makanan yang diterima daripada FreeMakan

Membuat penghantaran kepada golongan B40 di Seri Petaling
Amat mengujakan, apabila usaha kecil sebegini memberikan kelegaan besar serta kebahagian kepada kumpulan keluarga yang menerima bantuan daripada inisiatif ini.
Pada bulan Julai, FreeMakan berjaya mencapai matlamat apabila berjaya menyalurkan kepada 16,585 keluarga. Pasukan FreeMakan sangat berterima kasih kepada semua penderma dan sukarelawan yang menjayakan misi ini.
Pihak Persatuan Perubatan Malaysia Wilayah (MMA Wilayah) yang dipengerusikan oleh Dr Saravanan, yang juga merupakan sata satu daripada organisasi rakan kongsi FreeMakan, ada pendapatnya tersendiri;
“Pada awal bulan Jun, MMA Wilayah memutuskan untuk memberikan bakul makanan kepada masyarakat kurang mampu di sekitar Lembah Klang. Ahli jawatankuasa tidak tahu bagaimana mengenal pasti penerima kami dan sebagai doktor, kami sibuk di tempat kerja masing-masing. Syukurlah, salah seorang ahli jawatankuasa kami menemui platform pengumpulan dana BAC GiveBACk.
“Kami gembira dengan mekanisme penghantaran GiveBACk. Kami lebih teruja apabila BAC mengusulkan konsep hibah yang sesuai untuk setiap pek yang kami taja, BAC akan menambahnya dengan paket lain (1 + 1).
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan BAC dan GiveBACk dalam memberi makan 400 keluarga dalam jangka masa 10 minggu. Kami berharap dapat bekerjasama dengan BAC pada masa akan datang untuk projek lain. Terima kasih dan teruskan karya hebat anda untuk melayani umat manusia! ”
Inisiatif bantuan makanan ini bukan sahaja memberi kesan kepada ribuan keluarga di seluruh Malaysia – tetapi juga mengubah kehidupan dan perspektif setiap anggota pasukan selepas mendengar pelbagai kisah daripada kumpulan penerima.

Pesakit kanser daripada keluarga B40

Keluarga B40 di Kapar yang menerima bantuan
Raj, salah seorang daripada sukarelaan FreeMakan memainkan peranan penting agar penghantaran barangan bantuan berjalan dengan lancar.
“Saya sangat menghargai pengalaman ini kerana dapat bertemu dengan orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai perkara yang mengerikan di luar sana dan saya gembira BAC telah mengambil inisiatif untuk membantu orang-orang ini. Saya sangat bersyukur BAC memberikan saya peluang ini untuk membantu komuniti kita yang memerlukan. Kempen ini benar-benar membuka mata kerana menyedarkan saya betapa beruntungnya saya. ”
Demikian menurut Raj, setelah mengikuti pasukan FreeMakan membuat agihan.
Kempen diteruskan…
Meskipun FreeMakan berjaya mencapai sasaran awal pasukan namun, tanggungjawab FreeMakan tidak terhenti si situ.
Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal di luar sana yang bertungkus-lumus untuk memberi makan kepada anak-anak di bawah tanggungannya. Demikian juga kumulan pelarian hampir putus asa serta orang kelainan upaya yang tidak dapat menguruskan segala hal dengan sendirian.
FreeMakan mahu menolong seberapa ramai yang boleh.
Terkini, sasaran FreeMakan adalah untuk mengumpul sebanyak RM1,500,000 untuk memberikan makanan keapda 30,000 keluarga di seluruh negara. Adakah anda mempunyai perspektif yang sama dengan FreeMakan?
JIka ya, terdapat beberapa cara untuk anda bersama dalam pasukan FreeMakan:
1. Sekiranya anda mahu memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, anda boleh melayari laman kutipan dana FreeMakan hari ini.
2. Ikuti FreeMakan di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter) dan bantu FreeMakan memperluaskan lagi usaha yang sedang dijalankan.
Mari kita teruskan semangat #KitaAdaKita dan terus menolong komuniti yang telah terlalu lama ditinggalkan.
Bagi mengikuti perkembangan siri kempen ini, layari kisah tersebut di Impact Stories
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”
https://t.me/goodnewsbrigade