• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
McDonald’s Satukan Keluarga Malaysia-Singapura Yang Terpisah

McDonald’s Satukan Keluarga Malaysia-Singapura Yang Terpisah

April 19, 2021 Posted by BM, Community, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Sejak setahun lebih yang lepas, terdapat puluhan ribu rakyat Malaysia yang terkandas di negara Jiran, Singapura yang bekerja di sana – tidak dapat balik ke negara ini akibat penutupan sempadan antara negara.

Terdapat ramai yang tinggal di selatan tanah air, Johor, dan bekerja ulang -alik ke negara republik itu bagi mencari rezeki.

Namun, akibat pandemik yang tidak berkesudahan ini, masih ramai yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga – terpaksa bertahan untuk tinggal di sana meneruskan kerja mereka

Baru-baru ini, syarikat makanan segera terkemuka, McDonald’s Singapura telah melancarkan iklan mereka yang berjaya menyatukan jiwa-jiwa yang terpaksa berpisah di antara dua negara Singapura-Malaysia.

Kandungan video tersebut menunjukkan seorang lelaki Malaysia yang terkandas di negara berkenaan selama lebih satu tahun ekoran wabak Covid-19.

Samsuri, merupakan lelaki Malaysia yang sebelum ini tidak pernah menyangka akan terpisah dengan anak dan isterinya selama setahun lebih hingga ke hari ini.

Beliau yang bekerja sebgaai penghantar mekanan untuk syarikat makanan segera berkenaan, bagaimanapun terpaksa akur bakal merayakan Aidilfitri tahun ini seorang diri tanpa ahli keluarganya.

Video tersebut juga turut memaparkan kisah Rozaini dan Anas, yang juga merupakan individu malang senasib Samsuri. Malah, Rozaini dan Anas sudah berada di negara tersebut untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding Sansuri.

Dengan nada sebak, Rozaini berkata beliau merasakan tempoh tiga bulan terpisah dari keluarga sangat perit seperti berpisah dalam masa tiga tahun lamanya.

Sekiranya beliau dapat pulang ke pangkuankeluarga di Malaysia, Rozaini berkata dia akan memeluk keluarganya.

“Tiga bulan macam tiga tahun rasanya tidak jumpa. Tanggungjawab lebih penting daripada benda ni semua, tapi sorok dalam hati sajalah.”

Anas yang turut merindukan anak dan isterinya turut berkongsi kisah sama, bagaimana perasaaan rindu pada keluarga yang sukar untuk digambarkan apabila berada di tempat orang untuk mencari rezeki, terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Video iklan tersebut kemudiannya menunjukkan satu adegan diamna-mana ketika-tiga individu di atas telah disatukan dengan kaedah dalam talian melalui program My Happy Table yang memberi kejutan kepada keluarga terpisah itu.

Rakaman video yang disiarkan pada 16 April itu, mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Netizen yang menonton ideo berkenaan turut berkongsi perasaan sedia mereka dalam ruangan komen malah, terdapat dari kalangan netizen juga yang mengakui air mata mereka turut mengalir selepas menonton video itu.

 

Post Views: 552
Tags: malaysiaMcDonaldssingapura
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next