Menu terbaharu yang dijual oleh restoran di gedung perabot dan kelengkapan rumah terkenal Ikea Malaysia mengejutkan orang ramai.
Rupa menu baharu yang diperkenalkan itu dengan nama ‘Sosej Ayam Arang’ mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang pertama kali melihatnya.
Namun, menu itu telah tular di media sosial berikutan warna sosej dan rotinya yang berwarna hitam seperti arang.
Tinjauan di ruang komen Facebook Ekia, rata-rata netizen teruja melihat promosi menu berkenaan, namun dalam masa sama berasa pelik dan takut kerana pertama kali melihat sosej berwarna hitam.
“Lain macam Ikea pun, seramnya tengok.
“Rasa mcm roti sosej biasa tu. Cuma malu cikit bila orang pandang time kau bawak tu je HAHAHAAHAHAHAHAHA,” kata pengguna Facebook.
Orang ramai juga mempunyai pilihan untuk memilih set kombo iaitu sosej ayam arang bersama aiskrim lembut arang yang berharga RM5.50.
Difahamkan aiskrim tersebut mempunyai rasa manis dan masin seakan karamel.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”