Sejak menjalani kehidupan dalam fasa Perintah Kaalan Pergerakan (PKP), cara hidup manusia kian mengalami perubahan hampir dari semua sudut.
Bagi pelanggan restoran atau kedai makan, termasuk restoran makanan segera, kebanyakan pengusaha menggalakkan pelanggan untuk menunggu pesanan makanan mereka di kereta, sementara pekerja menyediakan pesanan.
Pesanan kemudiannnya di hantar kepada pelanggan melalui tingkap kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai ragam yang dapat dirakam ketika pekerja restoran menghantar pesanan kepada pelanggan.
Di aplikasi TikTok, sebuah video menunjukkan seorang pekarja restoran cuba menghiburkan seorang kanak-kanak dari sebuah kereta dengan membuat tarian ketika menghantar pesanan.
@asteroid.jbagus service mcm ni . hahahha .♬ original sound – asteroidJ
Walau bagaimanapun, bukan sahaja kanak-kanak perempuan tersebut yang terhibur malah, ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga turut terhibur sambil ketawa besar.
Pemilik akaun @asteroid.j yang memuat naik video berkenaan berkata, “bagus service macam ni, hahahaha”.
Video tersebut mula menarik perhatian netizen sejak ia mula dimuat naik beberapa hari lalu.
“Perempuan Malaysia cari lelaki yang kelakar, bukan yang hensem semata-mata,” kata seorang netizen pada ruangan komen.
Sehingga kini, video tersebut mendapat 82 ribu tanda like dan hampir dua ribu maklum balas membanjiri ruangan komen.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”