Di hadapan seorang gadis berusia 20 tahun, sekumpulan anak muda di India menarik perhatian dunia dengan tarian flash mob mereka yang berjaya memberi tamparan kepada kerajaan negara tersebut.
Tarian tersebut yang diketuai oleh aktivis Neola Pereira itu sebagai satu kempen dan memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut serta dalam perjuangannya menyelamatkan Taman Negara Mollem di bahagian Goa, di India.
Kempen yang seudah berjalan selama berbulan-bulan itu, menentang rancangan kerajaan negara India memperlua jalur keretapi yang bakal melintasi taman berkenaan.

Neola Sybil Pereira menunggu anak muda yang lain sebelum memulakan tarian. (Foto: AFP)
Kumpulan tersebut menyuarakan kebimbangan mereka bahawa usaha memperluas infrastruktur keretapi tersebut sebagai sebuah rancangan lain bagi mengubah bahagian barat negara itu sebagai hab arang batu.
“Ramai orang berpendapat bahawa hanya aktivis alam sekitar yang perlu memperjuangkan isu alam sekitar, tetapi itu tidak benar,” menurut pelajar dalam bidang perniagaan itu.
Laluan keretapi sedia ada, digunakan untuk mengangkut ribuan tan arang batu Australia, Afrika Selatan dan Indonesia setiap hari melalui wilayah Goa, di pesisir pantai Laut Arab.
Ia menyusuri taman yang juga sebahagian dari kawasan pergunungan yang telah dinamakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘kawasan paling panas’ bagi biodiversiti.
Rancangan memperluas jajran keretapi tersebut menurut Pereira, akan menghancurkan rizab sensetif ekologi dan akan mengubah kesuburan selepas ianya menjadi hab arang batu akan datang.