Perkongsian gambar terbaharu pengacara terkenal, Sherry Alhadad menarik perhatian ramai apabila sosok tubuhnya kian susut berbanding sebelum ini.

Dalam hantaran di laman Instagram, pengacara program Big Stage 2022 itu memuat naik gambar berlatar belakangkan gim, dan menunjukkan dua gambarnya yang berbeza.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 37, berkata apa yang utama adalah percaya kepada proses untuk kurus semula jadi.

“Kanan ke kiri ke tetap jadi pujaan hati. Senyum tetap sama, dalam hati tetap ada bunga. Lambat atau cepat, yang penting percaya pada proses. Be yourselft, love yourself. BAMMMMM,” katanya dalam hantaran itu.

Pelakon siri ‘The Maid’ itu juga memberitahu dia mengamalkan produk keluaran Sharifah Sakinah sebagai makanan tambahan dan mengikuti kelas senaman pelakon itu.

Hantaran tersebut mendapat reaksi positif netizen, dan rata-rata teruja untuk mengikuti perkembangan perubahan susuk tubuh pengacara itu selepas ini.

Terdapat juga netizen yang bersemangat untuk sama-sama tampil sihat dan langsing bersama Sherry.

Sherry pada Januari lalu memaklumkan setakat ini dia tidak terfikir untuk melakukan pembedahan bariatric atau memotong usus sebagai jalan pintas menurunkan berat badan.