Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan, syarikat dan premis perniagaandi baah subsektor pelancongan dan kebudayaan dibenarkan beroperasi tanpa perlu membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19(CIMS).
Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Selain itu, pengendali juga perlu memastikan jumlah pekerja tidak melebihi kapasiti maksimum yang dibenarkan.
Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lesen perniagaan premis terkini daripada pihak berkuasa tempatan juga perlu dipamerkan.
MOTAC menegaskan pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat ditetapkan kerajaan dan kompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) akan dikenakan jika gagal mematuhi syarat ditetapkan.
“Justeru, pihak industri juga dipohon untuk memberikan kerjasama bagi memastikan pematuhan terhadap SOP dan lain-lain arahan kerajaan yang dikeluarkan melalui Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa,” menurut MOTAC, seperti dilapor Bernama.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”