Lebih kurang satu jam dari tempoh pendaftarannya, vaksin AsteraZeneca yang dibuka pada jam 12.00 tengah hari sebentar tadi ditutup sepenuhnya lebih kurang pada jam 1.30 petang sebentar tadi.
Ia berikutan sambutan menggalakkan daripada rakyat negara ini untuk pengambilan vaksin berkenaan bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kian meruncing.
Perkembangan tersebut juga secara tidak langsung menjadi contoh terbaik sama ada secara langsung atau tidak, rakyat di negara ini menyokong penuh program imuniti berkelompok yang telah diumumkan oelh kerajaan sebelum ini.

Lebih kurang satu jam, slot temujanji untuk pengambilan vaksin jenis AstraZeneca ditutup sepenuhnya
Perkembangan ini juga menunjukkan bahawa sesungguhnya rakyat Malaysia prihatin tentang keselamatan diri dan keluarga masing-masing dengan menyambut baik pengambilan vaksin.