• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Pasangan warga emas 25 jual bola golf terpakai 

Pasangan warga emas 25 jual bola golf terpakai 

July 21, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

“Hanya ini sahaja sumber pendapatan saya, dalam usia sebegini apa lagi yang boleh dilakukan, tambahan pula saya perlu menjaga isteri.

“Walaupun hanya sebungkus sahaja yang dapat dijual, itu sudah melegakan saya, sekurang-kurangnya ada duit untuk berbelanja,” kata Jaapar Leman.

Jaapar, 66 tahun yang menjual bola golf terpakai sejak 25 tahun yang lepas sebagai sumber pendapatan utamanya mengakui, pandemik Covid-19 ini merupakan saat yang paling sukar baginya.

Menurut warga emas itu, meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini aktiviti bermain golf adalah tidak dibenarkan namun, beliau bersama isterinya, Armiza Mokhtar, 46 yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU), tetap setia menjual bola golf terpakai tersebut.

“Mungkin juga disebabkan minat, jadi istilah putus asa itu tidak ada. Setiap hari saya akan keluar rumah dengan isteri seawal 8 pagi dan berniaga seperti biasa sehinggalah petang.

“Hanya berbekalkan nasi, kami berdua akan tunggu di sini, kalau ada pelanggan yang ‘sesat’ maka terjuallah sebungkus bola golf,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Jaapar yang pernah berkhidmat dalam tentera itu berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupan beliau dan isterinya.

“Hanya isteri yang menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jadi dapatlah ringankan beban dan Alhamdulillah baru-baru kami ada menerima bantuan bakul makanan.

“Memandangkan keadaan isteri yang tidak berapa sihat dan perlu menguruskannya, anak turut membantu saya berniaga,” katanya.

Katanya, selepas sekian lama bola golf dijualnya hanya tergantung sepi, hari ini keadaan itu berubah apabila ramai yang singgah membeli.

“Syukur hari ini ada rezeki lebih buat kami apabila banyak bola sudah terjual.

“Sepanjang tempoh ini walaupun punca pendapatan terjejas, kami tidak terputus makanan. Nasi berlaukkan sambal kosong sudah memadai buat kami,” tambahnya.

 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 489
Tags: golfOKUwarga emas
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next