• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
PdPR: RM2,600 Ghaib Selepas Anak Curi-curi Main Game

PdPR: RM2,600 Ghaib Selepas Anak Curi-curi Main Game

July 16, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara, penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak kini menjadi suatu keperluan, selari dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Namun, ibu bapa terpaksa memberikan perhatian lebih semasa anak-naak menggunakan telefon pintar, kerana selain daripada digunakan untuk memenuhi PdPR, kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar boleh malakukan perkara lain.

Jika tersilap langkah, wang di dalam akaun ibu dan bapa boleh ghaib sekelip mata.

Perkongsian pemilik akaun Facebook Nor Liyana Abdullah memberitahu wang sebanyak RM2,600 lesap begitu sahaja selepas ia ditolak menerusi aplikasi permainan dalam talian.

“Gara-gara PdPR.. bagi telefon pada anak. Semasa PdPR curi-curi main ‘game’. Sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2,600 mereka beli game. Pening weh..pening.

“Bila perasan duit hanya tinggal RM2 dalam akaun baru nak periksa rupanya selama ini dia (anak) beli benda ini.

“Ya Allah, tak tahu nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nombor TAC tak sampai. Bila periksa dalam Gmail baru perasan bil-bil game ini. Semak dengan bank jumlah keseluruhan pembelian RM2,600,” katanya dalam hantaran itu.

Nor Liyana berkata, ibu bapa perlu lebih peka dan mengambil tahu aplikasi dan permainan atas talian yang digunakan anak-anak.

Menurutnya, situasi yang berlaku pada dirinya membuatkan dia teringat kepada kisah pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini yang memberitahu anaknya membelanjakan RM20,000 wang simpanan bagi pembelian di permainan atas talian.

“Dugaan PdPR.. ibu bapa kena ambil tahu anak kita main gama apa. Tiba-tiba teringat kisah Zarina Zainuddin yang anaknya beli game sampai 20 ribu,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Nor Liyana memuat naik tangkap layar bukti pembelian menerusi akaun Gmail yang dibuat melalui permainan atas talian tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial memberitahu situasi itu terjadi apabila pemilik telefon bimbit telah mengaktifkan kad kredit atau kad debit ke akaun Gmail tanpa memerlukan nombor TAC.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan kad kredit atau kad debit untuk pembayaran secara atas talian agar perkara seumpama itu dapat dielakkan.

“Banyak tu.. anak saya download game kena bayar dalam bil telefon dalam RM200 pun dah marah. Ini pula ribu-ribu..mau kemurungan. Bertabahlah.”

“Terus tukar setting telefon nak download game kena masuk nombor pin. Jika tidak jenuh masuk akaun atau bil telefon.”

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita eksklusif dan terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 501
Tags: PdPRPKP
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next