• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pekerja MBSP selongkar sampah, bantu wanita hilang barang kemas

Pekerja MBSP selongkar sampah, bantu wanita hilang barang kemas

February 22, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tindakan anggota Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang sanggup menyelongkar lori sampah bagi membantu seorang wanita mencari barang kemasnya yang hilang, menerima pujian orang ramai.

Difahamkan, wanita berkenaan berdepan detik cemas apabila beg yang berisi barang kemas miliknya terbuang ke dalam tong sampah sebelum diangkut lori sampah MBSP.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook PenangKini, yang turut memuji kemuliaan hati pekerja berkenaan selain mengelarkan anggota MBSP terbabit sebagai Wira Oren.

“Wira Oren MBSP, Wira tak didendang… syabas dan terima kasih Wira MBPS.. Andalah Wira Kami.

“Kisahnya seorang suri rumah terbuang sejumlah barang kemas ke dalam tong sampah dan sampah tu telah dikutip serta dah dimasukkan ke dalam lori kompaktor,” menurut hantaran itu.

Selepas wanita itu menyedari barang kemasnya hilang, dia merayu kepada MBSP untuk membantunya mencari barangan berkenaan.

“Di atas rasa kasihan dan simpati terhadap suri rumah yang bukan orang senang itu merayu minta dicari kembali, wira-wira oren ni bantu juga cari sampai jumpa di depo MBSP Tasek Gelugor.

“Bayangkan mereka sanggup selongkar sampah yang bertimbun tu demi cari beg kecil berisi barang emas. Syukur atas berkat kesabaran ia berjaya ditemui kembali,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita di Tasek Gelugor terbuang barang kemas miliknya ke dalam tong sampah sebelum diangkut lori sampah menarik nafas lega apabila ia ditemui semula.

Menurut perkongsian pengguna laman sosial Facebook, Yaya Ismail, dia secara tidak sengaja terbuang dompet berisi barang kemas ke dalam tong sampah sebelum menyedarinya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap keprihatinan pekerja kebersihan itu.

Nurul Aini:” Alhamdulillah syukur kepada Allah.. semoga semua wira oren diluaskan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..Aamiin ya Rabbal Alamin.

Nasir pula berkata:”Terbaik wira oren, semoga Hampa Semua diberikan kesihatan yang baik Aamiin.”

Post Views: 159
Tags: EmasMBSP
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next