• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pelajar BAC Menang Pertandingan Perbicaraan di Mahkamah Agung UK

Pelajar BAC Menang Pertandingan Perbicaraan di Mahkamah Agung UK

March 22, 2021 Posted by nithiyah BM, Education & Careers, Inspiration, Latest News, Lifestyle
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Memenangi pertandingan debat yang dihakimi oleh Lady Arden di Mahkamah Agung United Kingdom merupakan perkara yang tidak dapat dibayangkan.

Demikian menurut dua orang pelajar jurusan undang-undang dari Brickfields Asia College yang menamatkan tahun akhir mereka di University of Liverpool.

Thisheelen Kanesan kini menamatkan tahun terakhirnya di University of Liverpool. (Sumber: laman web Liverpool Law School)

Chaleena Suvanpratum dan Thisheelen Kanesan adalah sebahagian daripada kumpulan pelajar universiti yang pengalaman menjalani kehidupan dalam kampus yang terbatas kerana wabak Covid-19.

Chaleena Suvanpratum tidak menyangka akan mara ke pusingan akhir, seterusnya menangi pertandingan tersebut! (Sumber: laman web Liverpool Law School)

Seperti yang dijelaskan oleh Pengarah Undang-Undang BAC, Reuben De Rozario, sektor pendidikan tidak terpisah dengan sebahagian pelajar pertukaran BAC – UK yang tidak dapat menyelesaikan tahun terakhir mereka di UK seperti yang sepatutnya. Kedua-dua kumpulan ini tidak terkecuali kerana masih boleh mengikuti kelas dalam talian dari rumah di Malaysia.

“Walaupun berdepan dengan kesulitan, Chaleena dan Thisheelen telah menunjukkan kemampuan yang luar biasa kerana bukan setakat harus memberi tumpuan kepada pengajian tahun akhir yang terpaksa dibuat secara jarak jauh, malah dalam masa sama telah memenangi pertandingan tersebut,” kata Rueben, dengan penuh kagum.

Pertandingan perbicaraan mahkamah atau moot, merupakan sebuah pertandingan perdebatan yang menyerupai situasi sebenar dalam perbicaraan di mahkamah, yang mampu mengasah kemahiran pelajar jurusan undang-undang sebelum masuk ke alam kerjaya sebenar.

Walau bagaimanapun, tidak ramai peserta pertandingan ini yang berpeluang mengemukakan kes mereka di hadapan salah seorang hakim tertinggi di UK – Mary Howarth Arden yang juga dikenali sebagai Lady Arden dari Heswall, seorang warga Liverpool, yang dilantik ke Mahkamah Agung pada tahun 2018. Pada Januari 2021, dia adalah satu-satunya wanita daripada dua belas hakim di mahkamah.

Setiap tahun, 12 tempat telah disediakan untuk Universiti di UK untuk mengadakan pertandingan akhir di Mahkamah Agung. Namun, berikutan keadaan luar biasa akibat pandemik ini, pusingan akhir dibuat di Liverpool secara virtual.

Chaleena, ketika dihubungi melalui panggilan telefon berkata, beliau yang merupakan kali pertama menyertai pertandingan ini sama sekali tidak mempercayai boleh memenangi pertandingan tersebut.

“Ini merupakan perdebatan pertama saya, saya tidak sangka akan berjaya ke pusingan akhir, apatah lagi memenangi pertandingan,” katanya.

Chaleena menjelaskan bagaimana beliau dan Thisheelen membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan ini sejak Oktober dan November lepas. Beliau menjelaskan bahawa mereka menghadapi kesukaran terutama dalam proses penyediaan dokumen dan kerja berkumpulan yang terpaksa dilakukan secara dalam talian.

“Ini adalah proses yang membosankan dan memerlukan penyelidikan terutama, memakan banyak masa. Tetapi saya menikmati setiap minit dan saya belajar banyak perkara mengenai advokasi. Dan sejak saya bekerja keras, menghadiri kelas dalam talian dan belajar pada masa yang sama, disiplin diri saya juga bertambah baik, ”jelas Charlena.

Sementara itu, ketika ditanya perasaannya ketika berhadapan dengan Lady Arden, Charlena tidak dapat menahan ketawa sambil memberitahu bahawa kegugupan menguasai dirinya terutama apabila mereka digasak oleh soalan-soalan dari hakim tersebut.

Lady Arden adalah satu-satunya wanita daripada dua belas hakim di mahkamah. (https://www.law.ox.ac.uk/people/lady-arden)

“Walaupun begitu, Lady Arden sebenarnya sangat baik. Walaupun dia tidak bersetuju dengan saya dalam penggulungan terakhir saya.

“Kami mendapat kepastian bahawa kami menang apabila e-mel dihantar kepada kami dari pihak penganjur. Saya segera menghubungi Thisheelen dan perkara pertama yang dia tanyakan kepada saya adalah, sama ada kami betul-betul menang,” katanya.

Mengulas lanjut, Chaleena memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk pergi ke Liverpool, sebaliknya mahu menghabiskan Kursus Peguam atau menghabiskan satu tahun sebagai paralegal di sebuah firma guaman.

Sementara itu, Thisheelen ketika dihubungi berkata, meskipun pernah menyertai pertandingan serupa sedemikian namun, ini kali pertama baginya bertanding di Mahkamah Agung.

“Berdebat di hadapan Lady Arden cukup menakutkan, tetapi kebaikan yang ada pada beliau membuatkan seluruh pengalaman tersebut menjadi sangat berharga,” katanya.

Thisheelen menjelaskan, melalui pertandingan ini, dia dapat meningkatkan kemahirannya terutama dalam membuat penyelidikan dan advokasi. Dia memberitahu bagaimana ketepatan dan struktur yang menjadi kunci utama agar hakim dapat mengikuti hujahnya dengan mudah.

Pusingan akhir pertandingan perbicaraan mahkamah atau moot yang dihakimi oleh Lady Arden

“Saya mempunyai pengalaman hebat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan saya sangat mengesyorkan rakan-rakan saya di Liverpool Law School untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya dengan penuh semangat.

Sementara itu, ucapan penutupan, Encik Reuben dari BAC terus mengucapkan selamat maju jaya kepada Chaleena dan Thisheelen dan berharap agar semua pelajar yang telah memilih untuk menyelesaikan ijazah mereka tahun ini, dengan salah satu daripada lima belas rakan kongsi BAC di UK, akan terus berusaha dan membuat yang terbaik.

“Kami, di BAC, berharap anda dapat memberikan penilaian tertinggi kepada diri sendiri dan selalu ingat bahawa kita di sini akan sentiasa menyokong anda,” kata Reuben

Akhirnya, kejayaan manis yang terpaksa melalui liku-liku tersendiri yang diceritakan oleh kedua-dua individu ini sudah pasti sedikit sebanyak memberikan inspirasi serta dorongan kepada ramai orang di luar sana.

Semoga masa depan mereka terus bersinar.

Post Views: 374
Share
0

About nithiyah

This author hasn't written their bio yet.
nithiyah has contributed 43 entries to our website, so far.View entries by nithiyah

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next