• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pelancongan Langkawi dijangka dibuka pada 16 September

Pelancongan Langkawi dijangka dibuka pada 16 September

September 1, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sejak pandemik Covid-19 yang masuk tahun kedua melanda dunia, sektor pelancongan merupakan anatra yang paling terjejas.

Di Langkawi misalnya, ratusan pengusaha perniagaan pelancongan terpaksa gulung tikar akibat serangan wabak tersebut sehingga puluhan ribu individu yang bergantung pada industri pelancongan, hilang sumber pendapatan.

Namun, pulau yang terkenal dengan aktiviti pelancongan berkenaan dijangka akan dibuka untuk aktiviti pelancongan pada 16 September ini.

Pembukaan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan kes aktif Covid-19 di pulau peranginan itu masih tinggi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembukaan pulau itu sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan akan bergantung sepenuhnya kepada laporan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) selepas ini.

“Semalam saya ada mesyuarat khas bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), kita telah memohon nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) dan JKN untuk memberi panduan atau prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti pelancongan nanti.

“Tarikh pembukaan Langkawi bergantung sepenuhnya kepada laporan kemajuan yang akan disediakan JKN, alangkah baiknya jika Langkawi dapat buka 16 September ini iaitu pada Hari Malaysia, ia tentu hari yang baik untuk mulakan gelembung pelancongan,” katanya memetik Harian Metro.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan cadangan dan sebarang nasihat daripada agensi berkaitan untuk membolehkan Langkawi dibuka.

“Kita sudah selesai masalah vaksinasi, cuma sekarang kita perlu pastikan kes harian Langkawi di bawah 10 kes selepas ini.

“Ini kerana kita sudah membuat persediaan untuk mengadakan 10 perjalanan feri apabila Langkawi dibuka nanti iaitu enam perjalanan dari Kuala Perlis dan empat perjalanan menerusi Kuala Kedah,” katanya.

Sehingga semalam, Langkawi mencatatkan 70 kes baharu dan masih terdapat seribu lebih kes aktif.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 425
Tags: LangkawiTourism
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next