Kerajaan tidak lagi meajibkan Imbasan kod QR MySejahtera apabila memasuki premis awam bermula 1 Mei ini.
Pada tarikh sama juga, pemakaian pelitup muka juga tidak lagi diwajibkan untuk di luar kawasan terbuka atau di luar bangunan.
Walau bagaimanapun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai perlu mengaktifkan fungsi MySJ Trace bagi tujuan pengesanan kontak rapat.
“Ini mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.
“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Menurut Khairy, pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi.