• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pembukaan Langkawi berita baik buat penggiat industri pelancongan

Pembukaan Langkawi berita baik buat penggiat industri pelancongan

September 3, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan sektor pelancongan domestik secara berperingkat mengikut fasa dapat memberi sinar kepada penggiat industri pelancongan.

Katanya, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk menyemarakkan kembali industri yang lama terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 memandangkan pulau itu terasing.

Tambah beliau, pemilihan itu juga bagi memudahkan urusan pemantauan, selain pulau tersebut mempunyai kekuatannya tersendiri seperti terdapat rangkaian penerbangan serantau dan antarabangsa serta mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi pelbagai lapisan segmen pelancong.

“Sekiranya projek rintis Langkawi ini berjalan dengan jaya, saya percaya ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong kerana seeing is believing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan beliau itu mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat ditetapkan.

Menerusi kenyataan lewat petang tadi, Ismail Sabri dilaporkan berkata, sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

Katanya, destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.

Sementara itu, Nancy menjelaskan pembukaan sektor pelancongan projek rintis Pulau Langkawi bermula 16 September ini adalah satu berita gembira bukan sahaja kepada kementerian, malah penggiat industri yang turut melibatkan pekerja terjejas berikutan penutupan hotel dan restoran akibat pandemik.

“Berita gembira ini juga membolehkan Pelan Pemulihan Pelancongan yang digariskan kementerian dilaksanakan segera,” katanya.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 451
Tags: LangkawiTourism
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next