• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pembukaan sempadan negara satu keperluan – Hishammuddin
Satu juta dos vaksin jenis Pfizer selamat tiba di LTSAAS Subang pagi tadi. - Foto Twitter Hishammuddin

Pembukaan sempadan negara satu keperluan – Hishammuddin

March 2, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju membuka semula sempadan negara.

Beliau berkata, cadangan tarikh untuk pembukaan sempadan negara telah ada dan akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lama lagi.

“Satu keputusan secara prinsip telah dicapai iaitu pembukaan semula sempadan negara merupakan satu keperluan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hishammuddin berkata, keputusan itu bersandarkan tiga perkara asas iaitu, memberi keselesaan dan tidak merumitkan perjalanan pengembara; berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19; dan membandingkan keperluan pembukaan sempadan dengan negara-negara lain.

Mengambil kira keputusan prinsip berkenaan, beliau berkata, kementerian dan agensi berkaitan sedang memperincikan protokol termasuk pra pelepasan dan ketibaan ke dalam negara.

“Sebaik sahaja protokol tersebut dimuktamadkan dan kebenaran diberikan, rakyat Malaysia boleh pergi ke negara yang turut telah membuka sempadannya,” katanya lagi.

Sementara itu, Hishammuddin berkata terdapat satu lagi kaedah untuk rakyat pergi ke luar negara iaitu menerusi skim Vaccinated Travel Lane (VTL).

Katanya, skim tersebut membolehkan pergerakan keluar dan masuk antara Malaysia dengan negara yang masih menutup pintu sempadannya.

Jelas beliau, buat masa ini skim VTL telah dimanfaatkan antara Malaysia-Singapura, serta Perdana Menteri juga telah mengumumkan skim VTL antara Malaysia-Thailand dan Malaysia-Brunei bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Dalam masa sama, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) juga sedang meneliti negara-negara yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai skim VTL dari masa ke masa,” katanya

Post Views: 164
Tags: EndemikHishamuddinSempadan Negara
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next