Seorang peminat kumpulan muzik terkenal, Metallica dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki ketika sedang menikmati konsert band ‘heavy metal’ itu.
Ketika konsert yang sedang berlangsung di Estadio Couto Pereira, Brazil itu, Joice M Figueiro bersama dengan peminat-peminat lain setelah berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan kumpulan muzik berkenaan membuat persembahan dalam siri jelajah Amerika Selatan.
Menurut laporan akhbar Metro UK, Joice sedang hamil 39 minggu dan duduk di ruangan khas apabila dia mula mengalami kontraksi sejurus sebelum konsert berkenaan tamat.
Air ketubannya dilaporkan pecah ketika dia menuju ke bilik perubatan seterusnya melahirkan bayi lelaki di tempat sama kerana tidak dapat dikejarkan ke hospital dengan segera.