• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Penantian berakhir, rentas negeri dibenar mulai hari ini

Penantian berakhir, rentas negeri dibenar mulai hari ini

October 10, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setelah sekian lama larangan merentas negeri dilaksanakan, akhirnya rakyat di negara ini dapat menarik nafas lega untuk hidup kembali normal dalam erti kata sebenar apabila aktiviti rentas negeri mula dibenarkan hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula hari ini, kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu dibuat selepas kadar vaksinasi penduduk dewasa negara mencapai 90 peratus.

Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan merentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Menurut KKM, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang Covid pada tengah malam ini.

“Jadi, seperti dijanjikan berdasarkan peratusan vaksinasi dos dewasa mencapai 90 peratus maka saya umumkan rentas negeri dibenarkan mulai esok(hari ini).

“Pergerakan itu termasuk pulang ke kampung, ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman ini. Jadi rakyat bebas untuk pulang ke kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas semalam.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan.

Beliau berkata, mereka yang mahu pulang ke kampung digalakkan melakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen termasuk secara kendiri.

Katanya, walaupun ujian saringan itu tidak diwajibkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri, namun ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab seseorang individu untuk memastikan ibu bapa dan keluarga di kampung selamat daripada jangkitan Covid-19.

“Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

“Sebagai contoh, sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, Keluarga Malaysia disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.”

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 304
Tags: balik kampungismail sabripkpdrentas negeri
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 734 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next