• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Penunggang motor ‘penyelamat’ graduan terima penghargaan USM  

Penunggang motor ‘penyelamat’ graduan terima penghargaan USM  

June 2, 2022 Posted by sdteam BM, Community, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menzahirkan penghargaan kepada motosikal yang menjadi ‘penyelamat’ graduan yang panik ketika ke majlis konvokesyen minggu lalu.

Ashri, 50, dijemput khas ke Dewan Tuanku Syed Putra pada hari terakhir Upacara Konvokesyen ke-59 USM di Pulau Pinang, dan berkesempatan beramah-mesra dengan pengurusan tertinggi Universiti.

Kontraktor perkhidmatan pencucian itu berkata, beliau amat terharu diberikan penghargaan tersebut dan tidak menyangka bantuan yang dianggapnya kecil membawa makna cukup besar buat ramai pihak.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Kebetulan saya memang menyelia kerja-kerja pencucian di USM.

“Saya nampak graduan berkenaan terdesak mendapatkan pertolongan kerana beliau tidak henti-henti menahan penunggang motosikal.

“Disebabkan saya nampak jubah yang dipegangnya sama seperti jubah konvokesyen USM, saya sanggup tumpangkan beliau kerana simpati dan faham keadaannya yang sedang panik,” katanya memetik hantaran di Facebook rasmi USM.

Kisah Ashri dan graduan berkenaan, R Kevin, 28, sebelum ini mendapat perhatian ramai setelah gambar Ashri membawa Kevin menunggang motosikalnya sehingga ke USM kerana Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan luar biasa, tular dalam media sosial.

Ketika itu, Kevin memegang jubah konvokesyen di atas jambatan sambil mencuba nasib menahan penunggang motosikal yang menghala masuk ke pulau.

Bercerita lanjut, Ashri berkata, kesesakan jalan ketika itu agak buruk dan beliau sempat melihat ada antara pengguna Jambatan Pulau Pinang terpaksa bersarapan dalam kereta, keluar dari kenderaan mengambil angin dan sebagainya.

Ashri turut tidak menyangka kisahnya menjadi tular kerana terus menyambung kerja hariannya seperti biasa selepas menumpangkan graduan berkenaan, sehinggalah keesokan harinya rakan di tempat kerjanya menunjukkan berita berkaitan dirinya mendapat liputan meluas media.

Dalam pada itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan pula berkata, USM menghargai jasa baik Ashri dan menyifatkan nilai murni itu perlu ada dalam setiap individu.

Katanya, walaupun pertolongannya nampak kecil namun kesanggupan Ashri menghulur bantuan di saat insan lain sangat memerlukan perlu dijadikan contoh oleh semua pihak.

Post Views: 123
Tags: graduankonvokesyenUSM
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next