• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Penyelam amatur terkejut jumpa harta karun zaman Rom

Penyelam amatur terkejut jumpa harta karun zaman Rom

October 6, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dua orang penyelam amatur terkejut besar apabila menemui harta karun di pantai timur Sepanyol.

Setiap kali musim panas tiba, Luis Lens bersama saudaranya, Cesar Gimeno bersama ahli keluarga yang lain menghabiskan masa cuti mereka di pantai Mediterranean Sepanyol. 

Seperti kelaziman, Luis dan Cesar akan menghabiskan masa dengan aktiviti snorkeling dan menyelam bersama peralatan asas selaman mereka bagi menikmati pemandangan bawah laut selain membersihkan sampah dasar laut.

Namun, pada 23 Ogos lepas, kilauan pada batu di kedalaman kira-kira tujuh meter di teluk Portitxol membuatkan Lens menyangka bahawa beliau menemui duit syiling 10 sen.

Kedua penyelam itu memutuskan untuk mengambil syiling berkenaan untuk dibawa naik ke kapal milik mereka.

Susulan daripada kejadian tersebut, kedua penyelam berkenaan berjaya mengumpul sebanyak 53 syiling emas yang berasal dari abad ke-4 dan ke-5 hasil selaman bersama ahli Arkeologi dan Warisan Sejarah Universiti Alicante.

Selain syiling emas, pasangan penyelam itu juga turut menemui tiga paku yang diperbuat daripada tembaga selain sisa plumbum berkemungkinan dari peti air laut.

Menurut profesor sejarah kuno dari Universiti Alacante, Jaime Molina Vidal, penemuan tersebut merupakan penemuan syiling emas yang terbesar di Eropah sehingga kini. 

Syiling berkenaan akan dibaik pulih dan dipamerkan di Soler Blasco Archaeological and Ethnographic Museum di Xabia.

Eksplorasi seterusnya akan ditaja oleh kerajaan tempatan Valencia yang menyalurkan AS$21,000 (RM88,000) kepada pasukan itu.

Molina Vidal yang turut mengetuai arkeologis dalam laut itu merancang untuk meneruskan penggalian di tapak sama beberapa minggu lagi bagi menentukan sama ada terdapat kapal karam berhampiran.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 383
Tags: Cesar GimenoHarta KarunLuis LensRomSyiling Emas
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 716 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next