• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
PLUS ambil langkah proaktif sempena Aidilfitri

PLUS ambil langkah proaktif sempena Aidilfitri

April 21, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Plus Malaysia Bhd (PLUS) mengambil langkah proaktif dalam usaha membantu pengguna rangkaian lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan selesa ketika berlakunya lonjakan trafik tersebut sempena dengan sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata antara pendekatan utama yang diambil adalah meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda untuk memberikan bantuan kepada kenderaan yang terkandas lebuh raya.

Menurutnya, pada musim perayaan ini, jumlah pasukan rondaan PLUSRonda ditambah kepada 520 pasukan bagi membolehkan pasukan ini meningkatkan kekerapan rondaan mereka terutamanya di laluan-laluan yang kritikal.

Katanya, PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada setiap hari puncak di antara 29 April hingga 9 Mei ini bersempena sambutan Aidilfitri.

“Setelah 2 tahun tidak berpeluang untuk merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga di kampung akibat sekatan perjalanan disebabkan Covid-19, sudah pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk beraya di kampung pada tahun ini.

“Justeru, kami menjangkakan lebuh raya mungkin akan sesak dan ia boleh memanjangkan tempoh perjalanan orang ramai.

“Oleh itu, PLUS telah mengadakan persiapan rapi dan bersedia untuk menguruskan lonjakan trafik ini menerusi pendekatan yang proaktif untuk membantu orang ramai bergerak dengan selesa dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada masa sama, PLUS juga sedar impak kehadiran kenderaan rosak dan terkandas di lebuhraya terhadap kelancaran pergerakan orang ramai di laluan terbabit.

“Oleh yang demikian, PLUS akan menempatkan trak tunda serta kren di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengalihan kenderaan yang terkandas terutamanya di laluan-laluan mendaki,” katanya.

Menurutnya, PLUS juga bersedia untuk mengaktifkan laluan kontra di lokasi tertentu dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengguna dinasihatkan supaya mematuhi arahan menerusi papan tanda di lokasi laluan kontra tersebut.

“PLUS akan meneruskan kolaborasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain-lain lagi.

“Ketika pasukan Polis dan JPJ mengadakan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuhraya, pasukan bantuan kecemasan seperti Bomba dan St John Ambulance diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik.

Beliau berkata, pada musim perayaan yang akan datang, kira-kira 500 anggota pasukan kecemasan (ERT) akan berada di lebuhraya untuk memberikan bantuan.

“Selain lebuhraya, PLUS turut memberi lebih fokus terhadap kelancaran trafik dan keselesaan orang ramai di plaza tol dan kawasan-kawasan rehat sepanjang musim perayaan yang akan datang,” katanya.

Post Views: 111
Tags: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)pdrmplus
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next