Populasi dewasa di Malaysia telah mencapai sasaran 80 peratus menerima lengkap dos vaksin Covid-19.
Perkhabaran gembira itu telah disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.
“Tahniah! Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.
“Teruskan usaha kita perangi Covid-19,” ciapnya.
Perkembangan positif ini merupakan berita baik untuk Malaysia kerana sasaran 80 peratus itu telah dapat dicapai lebih awal daripada jangkaannya.
Sebelum ini, Malaysia dijangka memasuki fasa endemik Covid-19 bulan depan selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada Oktober ini.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”