• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
 Program PENJANA KPT-CAP menutup tirai di BAC dengan penuh jaya

 Program PENJANA KPT-CAP menutup tirai di BAC dengan penuh jaya

February 4, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2020 lalu merupakan langkah progresif yang diperkenalkan sebagai langkah memulihkan ekonomi yang telah lumpuh akibat pandemik Covid-19.

Menerusi PENJANA, Program Kemajuan Kerjaya KPT-CAP telah diperkenal dan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada rakyat di negara ini untuk mengisi pasaran kerja tempatan yang direka mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak industri yang juga bakal majikan kepada kumpulan graduan.

Pada 14 Januari 2022, satu Majlis Penutupan telah diadakan di Kampus BAC PJ sebagai pengiktirafan tamat latihan kepada pelatih yang terlibat dalam program tersebut. Kesemua pelajar yang terlibat dalam majlis berkenaan telah menerima pensijilan prfesional daripada Veritas University College, serta sijil tamat kursus dariapda Brickfields Asia College.

Hadir sama pada majlis berkenaan, En.Nadar Thiagendran (CEO Veritas University), En. Lawrence Chan (CCO BAC Education), En.Navin Manghan Dewand (Senior Manager, Business Development of BAC Education)  serta pasukan lain yang terlibat.

Menerusi program ini, pelajar juga dengan lebih mudah boleh mendapatkan pekerjaan mengikut keperluan daripada syarikat-syarikat tertentu dalam industri. Sebagai contoh, Ramkumar A/L Perumal, 22, mengakui sebelum mengikuti program ini, beliau agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun, pemegang sijil Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat itu kini berjaya mendapatkan pekerjaan dalam bidang Kejurutera Perisian di salah sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.

“Selepas saya mengikuti program ini, saya mula mendapat tawaran daripada beberapa syarikat. Jadi, tujuan saya mengikuti program ini adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil, dan saya berjaya melakukannya. Daripada program ini, saya dapat belajar banyak berkenaan perkembangan kemahiran dan juga sangat memberi penambahbaikan kepada pekerjaan saya sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis penutupan berkenaan.

Ramkumar A/L Perumal, 22 tahun

Sementara itu, seorang lagi pelajar lepasan program KPT-CAP ketika ditemui Goodnews berkata, program ini berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri beliau setelah mendapat sijil profesional yang diberikan.

“Berdasarkan pengalaman saya, saya sebenarnya bukan berasal daripada bidang komputer. Saya mengikuti program ini selepas ternampak iklan berkenaan program ini di laman sosial Facebook, dan terus berminat mengikuti program ini kerana yuran pun akan dipulankan semula kepada kita sleepas tamat pengajian.

“Saya pernah belajar sendiri (bidang komputer), tetapi tidak yakin sebab tanpa mempunyai sijil profesional. Selain itu, program ini juga berjaya meningkatkan keupayaan diri saya seperti sebelum ini, saya kurang bercakap namun, melalui program ini, saya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu, fasiliti yang disediakan oleh BAC juga sangat baik kerana banyak membantu dalam sesi pembelajaran kami,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Abbas Mohammad Puzi, 24 Tahun

Bagi Sofea, 26, meskipun kursus yang diikutinya merupakan kursus yang baharu baginya yang merupakan lepasan Sains Kimia, mengkuti program Data Sains merupakan satu keseronokan tersendiri buatnya, selain tenaga pengajar yang banyak membantu mereka sepanjang tempoh pembelajaran.

“Kaedah pembelajaran yang disediakan adalah sangat bagus. Sebagai contoh, setiap waktu kelas kami ada satu sesi stand up morning di mana kami perlu maklumkan kepada jurulatih tentang apa yang kami pelajari pada kelas yang kami ikuti terdahulu, serta apa yang kami sasarkan untuk fahami lagi sesebuah pembelajaran dalam kelas.

“Pada tahun 2020 saya menamatkan pengajian Sains Kimia di Universiti Malaya namun, perjalanan saya ketika itu tidak berapa lancar, mendorong saya untuk meneroka bidang lain dan saya sangat berminat dengan (program) Data Sains,” katanya kepada GoodNews.

Sofea, 26 tahun

Brickfields Asia College (BAC) merupakan salah satu daripada 16 Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diberi kepercayaan untuk menjalankan Program Kemajuan Kerjaya Penjana KPT-CAP yang dibuka kepada warganegara Malaysia yang baru lepasan ijazah, dan lepasan Diploma atau Ijazah dari tahun 2019, 2020 dan 2021. Calon-calon yang mengikuti program ini boleh memilih salah satu daripada empat kursus yang ditawarkan oleh BAC – yang dikendalikan oleh tenaga pelatih profesional. Kursus yang ditawarkan terdiri daripada:

Certified Digital Marketing Professional (4 Oktober-5 November) oleh Kayatthri Krishnasamy

Professional Certificate in Web Development (11 Oktober-13 November) oleh Ts. Azad Johari

Digital Writing & Copywriting (18 Oktober-17 November) oleh Rachel Khiew

Certified Full Stack Developer (25 Oktober-26 November) oleh Shamila Ramar and Amogh Datar

Setelah menamatkan pengajian, penempatan kerja telah diselaraskan oleh Jobs4All dan GradJobs, sebuah platfom penempatan pekerjaan yang direka oleh BAC bagi membina hubungan antara majikan dan graduan baharu.

Daripada 64 peserta yang mengikuti program berkenaan, adalah menjadi kebanggan bagi seluruh keluarga BAC apabila 40 orang daripada kesemua peserta berkenaan telah berjaya mendapat pekerjaan.

Post Views: 217
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next