Beliau dikenali sebagai Adinda Tasya Mansor, merupakan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, kini menjadi bualan masyarakat di China.
Suaranya menjadi perhatian ramai di negara tersebut selepas kemunculannya dalam Let’s Sing, Kids yang juga merupakan rancangan pencarian bakat baru nyanyian di China.
Dalam rancangan tersebut, Adinda yang menyampaikan lagu berbahasa Mandarin berjudul Next Stop in the Future, menerima standing ovation bukan sahaja daripada penonton, malah berjaya mengagumkan para juri.
Kanak-kanak yang berasal dari Taiping, Perak itu kini diberi julukan sebagai junior Shila Amzah, penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di China dengan bakat nyanyian beliau yang mampu meruntun jia pendengar di negara itu.
Shila Amzah sebelum ini berjaya mengukir nama di negara itu menerusi pertandingan Asian Wave.
Let’s Sing, Kids memulakan siaran 2 Julai lalu di stesen televisyen paling popular di China, Hunan TV.