Keikhlasan seorang pemuda yang sanggup membuat penghantaran makanan secara percuma kerana risau pelanggannya tidak dapat menikmati makanan yang dipesan, meruntun hati ramai pihak.
Kisah bermula dengan hantaran akaun LinkedIn bernama Vijaya Kasinathan, dikongsi ramai di Facebook sebelum tular di media sosial.
Menurut Vijaya, pemuda dikenali sebagai Azrul itu sanggup menghantar makanannya ke Puchong dari Cheras, disebabkan dia terlupa untuk menukar alamat sebelum membuat pesanan.
“Sudah terlambat ketika saya menyedari kesalahan yang saya buat dan menelefon Azrul untuk memberitahu saya tidak lagi berada di pejabat.
“Meminta dia menyimpan makanan (Madam Kwan) untuk dirinya sendiri tetapi Azrul mengatakan dia merasa tidak selesa kerana saya tidak akan makan apa-apa dan memutuskan untuk menghantar makanan itu ke rumah secara percuma di Puchong,” tulisnya.

Vijaya Kasinathan highlighted Azrul’s story on his LinkedIn profile. Here is Azrul with her mother.
Vijaya berkata, kebaikan yang ditunjukkan pemuda itu sangat menyentuh hatinya serta telah memberikan sejumlah wang yang diletakkan di dalam sampul surat, dan pemuda itu tidak mengetahui jumlahnya.
Namun begitu, semasa membuka sampul tersebut di sebuah stesen minyak, pemuda itu terkejut melihat jumlah wang yang diterima dan berpatah balik ke rumahnya untuk memulangkannya kembali.
Menurut Vijaya, nilai keperimanusiaan yang ditunjukkan pemuda tersebut sangat besar berbanding RM100 yang diberikannya.
“Terimalah ini, pergi beli sesuatu yang bagus untuk diri sendiri,” katanya kepada Azrul.
Oleh kerana terharu dengan pemberian itu, Azrul mahu mengambil gambar bersama Vijaya, namun beliau meminta untuk bergambar dengan ibunya yang sangat tersentuh dengan kebaikan pemuda penghantar makanan itu.