Cinta dan skesungguhan seorang remaja Malaysia terhadap alam sekitar, Karthikgesan Santharasekaran mendapat pulangan paling setimpal apabila memenangi dua pingat emas di Global Green Innovation Fair.
Pencapaian yang membanggakann remaja berusia 15 tahun dari Perak itu, menerusi pasu biodegrasi ciptaannya yang dihasilkan menggunakan dari najis lembu, serai dan sabut kelapa.
Ciptaan tersebut memenangi dua kategori yang disertai oleh Karthikgesan, iaitu kategori terbuka bagi jentera dan teknologi hijau yang turut disertai secara maya oleh 222 kumpulan dari 12 negara lain.

Pasu terbiodegradasi ciptaan Karthikgesan yang berjaya memenangi pingat emas- Gambar oleh Malay Mail
Pertandingan yang dibuat secara dalam talian itu berlangsung sejak Febuari lalu hingga awal Mei tahun ini.
Memetik laporan Malay Mail, pasu yang diperbuat dari tiga bahan utama itu turut terdapat dalam pelbagai saiz.
“Komposisi bahan-bahan untuk membuat pasu ini dapat bertahan selama tiga bulan sebelum hancur dan kemudian dapat digunakan sebagai baja atau kompos untuk tanaman.
“Saya membuat pasu ini kerana lebih mesra alam daripada pasu PVC atau pasu plastik pakai buang kerana ia boleh terbiodegradasi.
“Dan sesiapa sahaja boleh menggunakannya sama ada anda tinggal di bandar atau di kawasan luar bandar kerana periuk yang boleh terurai tidak membahayakan alam sekitar,” kata Karthikgesan kepada agensi berita berkenaan.
Selain pasu tersebut, satu lagi pingat emas yang diperolehnya menerusi mesin pembuat pasu yang diberi nama sebagai Enviro Solar Compost Machine untuk mencipta pasu berkenaan.
Mesin tersebut memproses pasu yang bahannya terdiri daripada 90 peratus najis lembu, dan selebihnya daripada serai dan sabut kelapa.
“Serai dapat digunakan sebagai penghalau nyamuk dan mengeluarkan aroma yang bagus di mana seseorang boleh meletakkannya di mana-mana ruang di rumah mereka tanpa perlu risau terhadap bau yang dihasilkan.
“Manakala sabut kelapa merupakan bahan biodegrasi yang sangat baik yang merupakan bahan penting yang boleh digunakan oleh kebanyakan orang.
“Pasu ini boleh bertahan hingga tiga bulan,” tambahnya.