• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Saintis Kanada cipta vaksin berasaskan tumbuhan

Saintis Kanada cipta vaksin berasaskan tumbuhan

May 10, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News, Medical
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sekumpulan saintis dari Kanada mendedahkan penghasilan vaksin Covid-19 mempunyai tahap keberkesanan sehingga 70 peratus melindungi manusia daripada lima jenis varian.

India Today melaporkan, penghasilan vaksin tersebut yang telah melalui ujian klinikal manusia dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan.

Vaksin yang mengandungi zarah CoVLP yang terdapat daripada tumbuhan seterusnya digabungkan dengan adjuvant (AS03) itu telah dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Medicago yang berpangkalan di Kanada.

Percubaan fasa tiga vaksin itu dijalankan di 85 pusat melibatkan 24,141 orang dewasa yang secara rawak ditugaskan untuk menerima dua suntikan intramuskular sama ada vaksin CoVLP+AS03 atau plasebo dengan selang masa 21 hari.

Para penyelidik mengesahkan kehadiran virus Covid-19 melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dalam 165 peserta.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM), menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah 69.5 peratus terhadap sebarang gejala Covid-19 yang disebabkan oleh lima varian.

Dalam analisis statistik, keberkesanan vaksin adalah 78.8 dan 74.0 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk dan antara mereka yang negatif pada permulaan jangkitan.

“Vaksin CoVLP+AS03 berkesan dalam mencegah Covid-19 yang disebabkan oleh spektrum variasi dengan keberkesanan antara 69.5 peratus terhadap jangkitan simptomatik hingga 78.8 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk,” kata saintis penyelidik.

Post Views: 53
Tags: covid-19kanadaVaksin tumbuhan
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next