• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Sapiah wanita Orang Asli pertama dilantik KP Jakoa

Sapiah wanita Orang Asli pertama dilantik KP Jakoa

September 15, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seorang penjawat awam mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Orang Asli pertama yang dilantik jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Puan Hajah Sapiah Mohd Nor, 59,  dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) bermula hari ini.

Perlantikan Sapiah yang juga berasal dari keturunan Suku Semai itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya.

Terdahulu, jawatan tersebut kosong setelah Prof. Dr. Juli Edo, tamat kontrak pada April lepas setelah menyandang jawatan tersebut bermula pada tahun 2019.

Surat pelantikan Ketua Pengarah JKOA yang baharu telah diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Bangunan Parlimen, semalam.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelantikan Puan Hajah Sapiah binti Mohd Nor telah mencipta sejarah negara tersendiri apabila beliau menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

Sapiah, 56, adalah Orang Asli keturunan Suku Semai berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2007 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan universiti yang sama pada tahun 2001.

Memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir pada tahun 1991, beliau yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun juga pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Utama dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebelum di lantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 380
Tags: hajah sapiahJAKOAorang asli
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next