Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda?
Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
- Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
- Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
- Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
- Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
- Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
- Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%. Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!
Sumber: FB Dr. Zubaidi Ahmad
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”