• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Sebagai pengiktirafan, Produk Maryam akan dipatenkan 

Sebagai pengiktirafan, Produk Maryam akan dipatenkan 

October 1, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Produk Yam 2.0,hasil inovasi Maryam Muzamir sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa bakal dipatenkan bagi melindungi produk tersebut daripada diciplak.

Bapa kepada murid 11 tahun Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist itu, Profesor Madya Ts Dr Muzamir Hasan berkata, kos proses pemfailan produk yang dihasilkan Maryam akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Perdaganagn Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Perbadanan Harta Intelek (MyIPO).

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya beberapa kementerian seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan KPDNHEP. Seperti hari ini (Khamis), Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam bersama agensi MyIPo telah mengadakan pertemuan secara sidang maya.

“Ini sudah cukup membuktikan kerajaan cakna dan prihatin di atas usaha dan kejayaan anak saya di Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021) baru-baru ini dan amat mengambil berat tentang isu harta intelek (intelectual property),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Selain itu, tujuan mempatenkan produk tersebut juga sebagai suatu langkah bagi mengiktiraf kejayaan Maryam menghasilkan produk berkenaan.

Sebelum ini, Maryam memenangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada pada Ogos lalu.

Maryam mempertaruhkan produk Yam 2.0 melalui inovasi sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut.

Kisah Maryam mendapat perhatian pengacara hos terkenal antarabangsa, James Corden pada 23 September lalu, memetik laporan Sinar.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 328
Tags: Maryam MuzamirYam 2.0
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 722 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next