Satu juta dos vaksin Pfizer BioNTech selamat tdi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.10 pagi hari ini.
Vaksin sumbangan daripada Amerika Syarikat (AS) itu dibawa menaiki pesawat Raya Airways TH384.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu bagi membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Satu juta dos vaksin jenis Pfizer selamat tiba di LTSAAS Subang pagi tadi. – (Foto Twitter Hishammuddin)
Turut bersama menyambut ketibaan vaksin berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Hishammuddin berkata, Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai AS$250,000
Katanya, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu.