Semburan hidung anti Covid-19 sedia diguna tidak lama lagi

Akhbar tempatan Thailand melaporkan, semburan hidung anti Covid-19 yang sedang dibangunkan sekumpulan saintis negara itu dijangka boleh digunakan menjelang akhir tahun ini, bagi mencegah virus berkenaan.

Menurut kajian makmal yang menggunakan haiwan sebagai subjek kajian menunjukkan semburan hidung itu menunjukkan semburan hidung tersebut berjaya menghalang virus Covid-19 daripada memasuki badan.

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Universiti Silpakorn, Universiti Chulalongkorn, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan dan organisasi biosains swasta yang tidak dinamakan sedang menjalinkan usahasama bagi menghasilkan semburan itu.

Penyelidikan terhadap semburan itu dilaporkan dibiayai oleh sektor korporat dan Institut Penyelidikan Perkhidmatan Manusia (HSR) yang dikendalikan oleh kerajaan Thailand.

Hasil penyelidikan tersebut akan diserahkan kepada sektor komersial yang menjalankan kajian perubatan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

“Semburan itu dijangka sedia dijual pada suku ketiga tahun ini,’’ menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.